JMTI - Student Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Navigation
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Latest topics
» Cara hubungi admin
Kisah tiga anak dara EmptyThu Dec 23, 2021 11:20 pm by Optitech

» Sf Car Rental Agency - Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam
Kisah tiga anak dara EmptyWed Sep 09, 2015 2:48 am by sksportcar

» Homestay Di Kota Bharu
Kisah tiga anak dara EmptySun Jan 25, 2015 10:52 pm by sksportcar

» Sf Car Rental Agency - Kereta Sewa Shah Alam
Kisah tiga anak dara EmptyTue Aug 05, 2014 8:54 am by sksportcar

» Bahasa Jepun: Ayat Seharian,Hari,Haribulan & Nombor
Kisah tiga anak dara EmptyMon Sep 23, 2013 8:43 pm by foxfoxer

» Tips nak hapuskan virus secara manual [On updates]
Kisah tiga anak dara EmptyTue Mar 19, 2013 8:38 am by Optitech

» Teknik defense dari virus and spyware [Auto]
Kisah tiga anak dara EmptyThu Jul 21, 2011 2:53 am by Optitech

» Virus shortcut kat pendrive
Kisah tiga anak dara EmptyThu Jul 21, 2011 12:27 am by Optitech

» Admin Kembali dengan Menyengat
Kisah tiga anak dara EmptyWed Jul 20, 2011 1:59 pm by Optitech


Kisah tiga anak dara

Go down

Kisah tiga anak dara Empty Kisah tiga anak dara

Post  Miyavi Wed Jan 06, 2010 2:46 am

Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak.......

Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan....

Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut...........

Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan.....

Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut....

Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."

Very Happy Very Happy
Miyavi
Miyavi
Admin

Posts : 371
Join date : 2010-01-01
Age : 34
Location : ProxyFireZ

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum