JMTI - Student Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Navigation
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Latest topics
» Cara hubungi admin
Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektronik (JTKE) EmptyThu Dec 23, 2021 11:20 pm by Optitech

» Sf Car Rental Agency - Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam
Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektronik (JTKE) EmptyWed Sep 09, 2015 2:48 am by sksportcar

» Homestay Di Kota Bharu
Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektronik (JTKE) EmptySun Jan 25, 2015 10:52 pm by sksportcar

» Sf Car Rental Agency - Kereta Sewa Shah Alam
Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektronik (JTKE) EmptyTue Aug 05, 2014 8:54 am by sksportcar

» Bahasa Jepun: Ayat Seharian,Hari,Haribulan & Nombor
Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektronik (JTKE) EmptyMon Sep 23, 2013 8:43 pm by foxfoxer

» Tips nak hapuskan virus secara manual [On updates]
Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektronik (JTKE) EmptyTue Mar 19, 2013 8:38 am by Optitech

» Teknik defense dari virus and spyware [Auto]
Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektronik (JTKE) EmptyThu Jul 21, 2011 2:53 am by Optitech

» Virus shortcut kat pendrive
Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektronik (JTKE) EmptyThu Jul 21, 2011 12:27 am by Optitech

» Admin Kembali dengan Menyengat
Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektronik (JTKE) EmptyWed Jul 20, 2011 1:59 pm by Optitech


Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektronik (JTKE)

Go down

Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektronik (JTKE) Empty Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektronik (JTKE)

Post  noteeth Tue Jan 05, 2010 1:28 pm

Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektronik (JTKE) ditubuhkan pada tahun 1997 dan mula beroperasi di kampus sementara iaitu di CIAST, Shah Alam. Jabatan ini telah berpindah ke kampus tetapnya di Japan Malaysia Technical Institute (JMTi), Pulau Pinang pada tahun 1999. Pada ketika ini, JTKE mempunyai seramai 21 orang kakitangan yang terdiri daripada tenaga-tenaga pengajar yang berkelayakan dan mempunyai kemahiran serta pengalaman yang mendalam di dalam melaksanakan program-program teknologi dan kejuruteraan. JTKE terbahagi kepada 2 bahagian:

1. Bahagian Elektronik Industri
2. Bahagian Elektronik Telekomunikasi

Secara amnya, JTKE bertanggungjawab mengendalikan kursus-kursus kemahiran jangka panjang bagi lepasan sekolah dan sijil dan juga kursus jangka pendek bagi pekerja mahir dan separa mahir dari industri yang berkaitan. JTKE dilengkapi dengan beberapa kemudahan makmal, bengkel dan bilik kuliah. JTKE sangat komited untuk memenuhi objektif jabatan agar matlamat utama JTM terlaksana.

Objektif Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektronik.
* Merekabentuk dan membangunkan kurikulum serta melaksanakan program-program latihan jangka panjang dalam bidang teknologi kejuruteraan elektronik industri dan telekomunikasi.
* Memperkenalkan pelajar kepada asas yang kukuh dalam bidang elektronik dan teknik kawalan berasaskan kepada penggunaan teknologi elektronik terutama dalam bidang pengeluaran, pengukuran dan telekomunikasi.

Selain daripada itu, JTKE juga perlu memastikan pelajar mampu:
- Membuat pengujian, analisa kerosakan dan baikpulih peralatan elektronik.
- Membuat pelbagai pendawaian elektrik 1 fasa dan menjalankan pengujian litar
- Merekabentuk, menganalisa litar elektronik dan membina papan litar bercetak (PCB)
- Mengunakan PLC, sensor dan sistem hydraulik untuk pengawalan sistem automasi komplek.
- Membuat pengaturcaraan (assembly dan machine language) untuk kawalan microprocessor dan micro-controller.
- Menjalankan ujikaji menggunakan sistem pengukuran berautomatik (automatic measuring system).
- menjalankan latihan praktikal yang melibatkan asas sistem telekomunikasi.
- Membuat pemasangan, penyelenggaraan dan menguji peralatan telekommunikasi serta memastikan tahap keselamatan berterusan.

Kemudahan Latihan di JTKE
Terdapat 13 buah Makmal lengkap dengan kemudahan amali dan teori. Antaranya seperti berikut.

1. Complex Control
- PLC Training
- Factory Auto System
- Sequence Control

2. Computer 3 (NMS)
Computer 2 (DCS)
Computer 1 (EDS)

3. Communication & PBX Training System

4. Analog A & Analog B

5. Power Electronics

6. Electrical Workshop

7. Digital A & Digital B

8. Microcomputer

9. Simulation

10. Automatic Measuring System

11. Troubleshooting

12. Electronics CAD

13. PCB Fabrication

Untuk maklumat lanjut berkenaan penggunaan makmal atau penyewaan sila hubungi Unit Khidmat Nasihat Kejuruteraan (ECS)

En. Muzafar Shah bin Mohd Shah
Samb: 2406
E-mel: muzafar@jmti.gov.my
noteeth
noteeth

Posts : 185
Join date : 2010-01-01
Location : Planet #!

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum