JMTI - Student Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Navigation
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Latest topics
» Cara hubungi admin
Ciri Wanita Disukai Lelaki EmptyThu Dec 23, 2021 11:20 pm by Optitech

» Sf Car Rental Agency - Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam
Ciri Wanita Disukai Lelaki EmptyWed Sep 09, 2015 2:48 am by sksportcar

» Homestay Di Kota Bharu
Ciri Wanita Disukai Lelaki EmptySun Jan 25, 2015 10:52 pm by sksportcar

» Sf Car Rental Agency - Kereta Sewa Shah Alam
Ciri Wanita Disukai Lelaki EmptyTue Aug 05, 2014 8:54 am by sksportcar

» Bahasa Jepun: Ayat Seharian,Hari,Haribulan & Nombor
Ciri Wanita Disukai Lelaki EmptyMon Sep 23, 2013 8:43 pm by foxfoxer

» Tips nak hapuskan virus secara manual [On updates]
Ciri Wanita Disukai Lelaki EmptyTue Mar 19, 2013 8:38 am by Optitech

» Teknik defense dari virus and spyware [Auto]
Ciri Wanita Disukai Lelaki EmptyThu Jul 21, 2011 2:53 am by Optitech

» Virus shortcut kat pendrive
Ciri Wanita Disukai Lelaki EmptyThu Jul 21, 2011 12:27 am by Optitech

» Admin Kembali dengan Menyengat
Ciri Wanita Disukai Lelaki EmptyWed Jul 20, 2011 1:59 pm by Optitech


Ciri Wanita Disukai Lelaki

5 posters

Go down

Ciri Wanita Disukai Lelaki Empty Ciri Wanita Disukai Lelaki

Post  noteeth Wed Jan 06, 2010 12:39 pm

BENARLAH kata-kata sikap lelaki memang sukar difahami. Perangai mereka adakalanya memeningkan kepala lelaki,terutama wanita yang mencintainya.

Dengan itu perlulah menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuat dia tertawan.

Untuk merasai lebih dicintai, anda sendiri harus mengetahui apa yang disukai lelaki pilihan anda itu. Jika lelaki sukakan wanita yang memenuhi cita rasanya, cubalah belajar mengenali hati lelaki.

Mana tahu sikap anda yang pandai mengambil hati, tidak mementingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor lelaki itu memuja anda suatu hari nanti.

Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak ceria dalam bergaul.

Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana anda tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat muak atau meluat.

Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci.

Jadi pendengar setia

Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

Suka dimanja.

Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.

Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

Ingat hari pentingnya

Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

Jangan terlalu kebudak-budakan

Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

Jangan ganas
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

Jangan perasan
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

Sikap keibuan

Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

Kenali dirinya

Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

Jangan kuno

Jangan bersikap terlalu kuno.

Sering tanya khabar

Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

*** Selamat Mencuba.

crdt to Mr. KC & Mrs. KC


Last edited by Optitech on Sat Jan 09, 2010 8:08 am; edited 1 time in total (Reason for editing : kasik lawa sket yeah..keke)
noteeth
noteeth

Posts : 185
Join date : 2010-01-01
Location : Planet #!

Back to top Go down

Ciri Wanita Disukai Lelaki Empty Ciri Wanita Disukai Lelaki

Post  Miyavi Thu Jan 07, 2010 10:09 pm

bru btul post ni d iletak....anyways,Thanx to me k...(^.^)...
Miyavi
Miyavi
Admin

Posts : 371
Join date : 2010-01-01
Age : 34
Location : ProxyFireZ

Back to top Go down

Ciri Wanita Disukai Lelaki Empty Re: Ciri Wanita Disukai Lelaki

Post  Optitech Sat Jan 09, 2010 8:10 am

Info nie tuk wanita di luar sana..
so practicekan kayy... Ciri Wanita Disukai Lelaki 385740 \
kekeke..Mana tau noteeth bleh terpikat dengan korang satu hari hati.. Ciri Wanita Disukai Lelaki 153758
Optitech
Optitech

Posts : 519
Join date : 2010-01-01
Age : 32
Location : ProxyFireZ

http://sembangseposen.blogspot.com

Back to top Go down

Ciri Wanita Disukai Lelaki Empty Re: Ciri Wanita Disukai Lelaki

Post  farel Sat Jan 09, 2010 12:18 pm

mudah2an noteeth bertemu pasangannya.. Ciri Wanita Disukai Lelaki 153758
farel
farel

Posts : 426
Join date : 2010-01-03
Location : cant believe... it's here..hahah

Back to top Go down

Ciri Wanita Disukai Lelaki Empty Re: Ciri Wanita Disukai Lelaki

Post  Optitech Sat Jan 09, 2010 10:37 pm

Mungkin dia dah apa pasangan kowt sekarang nie..
kekekke Ciri Wanita Disukai Lelaki 936184
Optitech
Optitech

Posts : 519
Join date : 2010-01-01
Age : 32
Location : ProxyFireZ

http://sembangseposen.blogspot.com

Back to top Go down

Ciri Wanita Disukai Lelaki Empty Re: Ciri Wanita Disukai Lelaki

Post  emosh Sat Jan 09, 2010 11:00 pm

so ksimpulannya prempuan yg matured but manja..haha
emosh
emosh

Posts : 75
Join date : 2010-01-04
Age : 32

Back to top Go down

Ciri Wanita Disukai Lelaki Empty Re: Ciri Wanita Disukai Lelaki

Post  farel Sat Jan 09, 2010 11:47 pm

farel wrote:mudah2an noteeth bertemu pasangannya..


aku tersalah tulis arr... bukan noteeth... tapi emosh... hahhaha..
segala kesulitan amat dikesali... hahhahaha...Ciri Wanita Disukai Lelaki 153758
farel
farel

Posts : 426
Join date : 2010-01-03
Location : cant believe... it's here..hahah

Back to top Go down

Ciri Wanita Disukai Lelaki Empty Re: Ciri Wanita Disukai Lelaki

Post  emosh Sun Jan 10, 2010 2:24 pm

ko pun farel..
emosh
emosh

Posts : 75
Join date : 2010-01-04
Age : 32

Back to top Go down

Ciri Wanita Disukai Lelaki Empty Re: Ciri Wanita Disukai Lelaki

Post  farel Mon Jan 11, 2010 8:30 am

hahaha... sama2 doakan...hahhaha..
farel
farel

Posts : 426
Join date : 2010-01-03
Location : cant believe... it's here..hahah

Back to top Go down

Ciri Wanita Disukai Lelaki Empty Re: Ciri Wanita Disukai Lelaki

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum