Latest topics
Apa yang penting?……KERJASAMA
Page 1 of 1
Apa yang penting?……KERJASAMA
Apa yang penting?………KERJASAMA.
Kerap sungguh skrip ini kita dengar sejak kebelakangan ini (Kartun
TV9). Saya pun selalu dengar dipejabat saya, rakan-rakan sekerja asyik
menyebutnya. Jika saya berceramah dengan pelajar-pelajar sekolah pun
ayat ini juga yang mereka sebut.Emmm. Namun mari sama-sama kita hayati
apa maksud kalimah ini atau dalam bahasa arab disebut Taawun.
Foto : Google image
Apabila kita membongkar khazanah Al
Quran dan As- Sunnah banyak membicarakan tentang kepentingan memupuk
dan memelihara semangat kerjasama. Hidup bermasyarakat, hidup saling
bantu-membantu, konsep kerjasama seperti ayat yang dirakamkan di dalam
surah Al Maidah ayat yang kedua menyebut,
<blockquote>
“Bertolong-tolonglah kamu kepada perkara
kebaikan dan janganlah kamu bertolong-tolng kepada perkara kejahatan”.
(Surah al-Maidah ;2)
</blockquote>
Ayat ini menegaskan kewajipan sesama
ummat manusia menolong di antara satu sama lain di dalam perkara
kebaikan dan landasan keimanan. Tetapi pada masa yang sama, ummat
manusia ditegah sama sekali bertolong bantu di dalam perkara dosa dan
juga permusuhan. Walaupun niatnya betul tetapi jalannya salah juga
ditegah dalam Islam seperti Zorro mencuri untuk membantu jiran
kemiskinan.
Mari kita sorot kembali sejarah
peristiwa hijrah, salah satu kisah bersejarah di dalam lipatan sejarah
ummat Islam telah pun menzahirkan peri pentingnya semangat kerjasama
dan ta’awun disemai dan dibajai di dalam setiap sanubari ummat Islam.
Melalui peristiwa ini, seluruh para
sahabat dan pengikut Nabi Sallahu ‘alaihi wasallam bersatu sepenuh
hati, jiwa dan raga bersama- sama menjayakan misi hijrah demi
menyelamatkan Islam. Yang paling penting, faktor keberjayaan misi
hijrah Nabi adalah disebabkan semangat “ta’awun” yang cukup ampuh
dikalangan sahabat para sahabat pada ketika itu. Senjata “ta’awun”
inilah yang menjadi formula kejayaan misi Hijrah Nabi Sallallahu
‘alaihi wasallam yang penuh berstrategi.
Sebagai contoh, di dalam misi Hijrah
Nabi, Sayyidina Ali Karamallahu wajhah memainkan peranan yang cukup
penting di mana beliau menggantikan tempat tidur Nabi ketika Nabi
diancam oleh Kafir Musyrik. Di dalam perjalanan Hijrah ke Madinah pula,
Sayyidina Abu Bakar berperanan menemani Rasulullah sepanjang perjalanan
menuju ke destinasi.
Ini merupakan contoh yang membawa
pengertian dan kesan yang cukup besar tehap pentingnya konsep Ta’awun
ini dihayati dan diimplementasi dalam kehidupan seharian. Apa yang
penting ? …….kerjasama

Miyavi- Admin
- Posts : 371
Join date : 2010-01-01
Age : 34
Location : ProxyFireZ
Similar topics
» Keikhlasan Dan Menghadirkan Niat Dalam Segala Perbuatan, Ucapan Dan Keadaan Yang Nyata Dan Yang Samar...
» ALUMNI JMTI
» Menantu Yang Luarbiasa
» Sistem yang tak up todate
» Apa Yang Bestnya Dengan Fedora
» ALUMNI JMTI
» Menantu Yang Luarbiasa
» Sistem yang tak up todate
» Apa Yang Bestnya Dengan Fedora
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu Dec 23, 2021 11:20 pm by Optitech
» Sf Car Rental Agency - Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam
Wed Sep 09, 2015 2:48 am by sksportcar
» Homestay Di Kota Bharu
Sun Jan 25, 2015 10:52 pm by sksportcar
» Sf Car Rental Agency - Kereta Sewa Shah Alam
Tue Aug 05, 2014 8:54 am by sksportcar
» Bahasa Jepun: Ayat Seharian,Hari,Haribulan & Nombor
Mon Sep 23, 2013 8:43 pm by foxfoxer
» Tips nak hapuskan virus secara manual [On updates]
Tue Mar 19, 2013 8:38 am by Optitech
» Teknik defense dari virus and spyware [Auto]
Thu Jul 21, 2011 2:53 am by Optitech
» Virus shortcut kat pendrive
Thu Jul 21, 2011 12:27 am by Optitech
» Admin Kembali dengan Menyengat
Wed Jul 20, 2011 1:59 pm by Optitech