JMTI - Student Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Navigation
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Latest topics
» Cara hubungi admin
Isu Allah Kristian EmptyThu Dec 23, 2021 11:20 pm by Optitech

» Sf Car Rental Agency - Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam
Isu Allah Kristian EmptyWed Sep 09, 2015 2:48 am by sksportcar

» Homestay Di Kota Bharu
Isu Allah Kristian EmptySun Jan 25, 2015 10:52 pm by sksportcar

» Sf Car Rental Agency - Kereta Sewa Shah Alam
Isu Allah Kristian EmptyTue Aug 05, 2014 8:54 am by sksportcar

» Bahasa Jepun: Ayat Seharian,Hari,Haribulan & Nombor
Isu Allah Kristian EmptyMon Sep 23, 2013 8:43 pm by foxfoxer

» Tips nak hapuskan virus secara manual [On updates]
Isu Allah Kristian EmptyTue Mar 19, 2013 8:38 am by Optitech

» Teknik defense dari virus and spyware [Auto]
Isu Allah Kristian EmptyThu Jul 21, 2011 2:53 am by Optitech

» Virus shortcut kat pendrive
Isu Allah Kristian EmptyThu Jul 21, 2011 12:27 am by Optitech

» Admin Kembali dengan Menyengat
Isu Allah Kristian EmptyWed Jul 20, 2011 1:59 pm by Optitech


Isu Allah Kristian

+2
Optitech
foronum
6 posters

Go down

Isu Allah Kristian Empty Isu Allah Kristian

Post  foronum Sun Jan 03, 2010 6:49 pm

Isu Allah Kristian — Zulkifli Noordin

JAN 2 — Tirai tahun baru masihi 2010 dibuka dengan keputusan kontoversi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu ini. Keputusan Yang Arif Hakim Datuk Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan akhbar Herald untuk menggunakan perkataan "Allah" sebagai ganti nama "God" bagi penerbitannya dalam versi Bahasa Melayu telah mencetuskan satu polemik dan kontorversi yang tidak sepatutnya berlaku.

Keputusan itu mengingatkan saya kembali kepada kes Natrah @ Maria Hertough pada tahun 1950 dimana mahkamah penjajah Inggeris dimana hakimnya yang bukan Islam telah, dalam keputusannya membatalkan keislaman Natrah dan perkahwinannya kepada Almarhum Mansor Adabi, langsung tidak mengambil kira perundangan syariah dan sensitiviti umat Islam semasa itu. Akhirnya tercetuslah rusuhan dan huru hara yang tidak membawa menafaat kepada sesiapa pun.

Saya berpendapat keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan adalah tidak tepat dan boleh dipertikaikan, malahan akan menyebabkan kekeliruan dan menganggu ketenteraman dan keselamatan awam atas sebab-sebab berikut:

1. Keputusan itu secara tidak langsung mencabar dan melanggar Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang mempertuntukkan fahaman dan dakyah agama lain tidak dibenarkan samasekali terhadap orang Islam. Membenarkan pernerbitan Kristian menggunakan perkataan Allah bagi penerbitan berbahasa Melayu jelas adalah satu bentuk dakyah halus kerana Melayu adalah bangsa yang beragama Islam;

2. Ini sekaligus mencabar dan tidak menghormati Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa orang Melayu mestilah beragama Islam;

3. Dengan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam risalah penerbitan Kristian, ini sebenarnya dikira akan mendorong penganut Kristian dalam perlakuan jenayah kerana Enakmen Penyekatan Pengembangan Agama, Iktikad dan Kepercayaan Lain terhadap Orang Islam (Anti Propagation Law), yang digubal dengan sahnya menurut Artikel 11 Perlembagaan dibeberapa negeri jelas memperuntukkan bahawa adalah satu kesalahan jenayah bagi sesiapa menggunakan perkataan tertentu termasuk "Allah" kecuali bagi maksud Islam;

4. Keputusan tersebut akan menyebabkan kekeliruan termasuk bagi penganut agama Kristian kerana memberi gambaran Tuhan mereka berubah nama mengikut bahasa yang digunakan. Sedangkan nama tuhan bagi tiap agama mestila konsisten tidak kira apa bahasa. Lihat agama Buddha, Yahudi, Hindu dan lain-lain. Nama tuhan mereka tetap sama tidak kira dalam apa bahasa sekalipun. Tetapi mengapa agama Kristian berubah nama Tuhannya menurut kaum dan bahasa?

5. Kekeliruan lebih serius akan berlaku dikalangan penganut agama Kristian apatah lagi bila sermon tiap hari Ahad contohnya mula menggunakan perkataan Allah sebagai ganti nama God. Bagaimana dengan ucapan lazim penganut Kristian saperti:

"God created the world in 6 days and on the 7th day he rested"; atau "In the name of god the father, god the son and god the holy spirit" apakah ianya berubah menjadi "Allah created the world in 6 days and on the 7th day He rested"; atau "In the name of Allah the Father, Allah the son and Allah the holy spirit?" Saya telah bertanya rakan dan kenalan dikalangan penganut Kristian dan mereka sendiri melihat perkara ini sebagai memalukan agama Kristian. Ramai dikalangan penganut Kristian sendiri yang tidak bersetuju dengan tindakan segelintir Kristian yang beriya-iya mahukan nama Allah menggantikan nama God.

6. Ada kalangan penganut Kristian akan mula berasa ragu dan keliru dengan perubahan nama tuhan mereka. Mereka bertanya mengapa nama tuhan mereka berbeza-beza. Kenapa dalam Bahasa Inggeris disebut Jesus dan lain-lain, tetapi didalam bahasa Melayu disebut Allah. Mereka khuatir agama Kristian akan dilihat sebagai agama hipokrit kerana nama tuhan mereka boleh berubah-ubah mengikut kaum dan bahasa.

7. Keputusan itu juga akan membolehkan penganut Kristian mengguna dan mempamerkan nama "Allah" digereja-gereja dan lain-lain tempat peribadatan mereka. Saya tidak boleh nak membayangkan bagaimana nanti disalib-salib, di perkarangan gereja dan lain-lain nama Allah tertera. Apakah pihak gereja dan penganut kristian bersedia berbuat sedmikina? Dan tidakkah ini nanti akan menyentuh sensitiviti umat Islam yang sudah pasti akan bertindak balas. Tidakkah mahkamah sedar gangguan terhadap ketenteraman awam yang serius akan berlaku yang akan mengancam keselamatan orang ramai dan negara.

8. Kesilapan mahkamah menolak permohonan pihak Majlis Agama Islam dan beberapa NGO Islam untuk melibatkan diri (intervene) dalam prosiding tersebut telah menyebabkan mahkamah tidak mendapat maklumat dan hujahan secukupnya berkenaan dengan isu ini. Saya hairan mengapa mahkamah tidak merujuk perkara ini kepada Majlis Fatwa kebangsaan atau pihak berkuasa Islam untuk mendapatkan pandangan dan nasihat mereka sebelum membuat apa-apa keputusan.

9. Selanjutnya, tidak ada keterangan yang mencukupi dan jelas berkenaan penggunaan perkataan Allah dikalangan Kristian di Malaysia. Apakah statistik yang diguna pakai. Berapa ramai sebenarnya Melayu Kristian yang benar-benar menaggunakan perkataan Allah sebagai ganti nama God. Apakah sekadar menyandarkan kepada beberapa buah buku dan tulisan sudah cukup? Sepatutnya mahkamah mengambil keputusan memanggil keterangan pakar-pakar anthropologi, sejarah, bahasa dan lain-lain sebelum membuat keputusan. Apa yang jelas, dalam bahasa Melayu perkataan ganti bagi God ialah Tuhan, bukannya Allah. Manakala ini berbeza dengan bahasa Arab kerana tiada perkataan God dalam bahasa mereka kecuali Allah!

10. Penyandaran terhadap Artikel 3 dengan menyatakan penganut agama kristian dijamin kebebasan dalam mengamalkan amalan agama mereka adalah jelas tidak tepat. Saya rasa kalau mahkamah meminta tinjauan dan referendum dibuat dikalangan penganut agama kristian dibuat, saya cukup pasti majoriti besar akan menolak penggunaan perkataan Allah sebagai ganti perkataan god.

Saya berpendapat kalau golongan Kristian benar-benar mahu menggunakan perkataan Allah sebagai ganti nama God, maka saya cadangkan dilakukan perkara berikut:

1. Item pertama Rukunegara iaitu "Kepercayaan kepada Tuhan" hendaklah ditukar kepada "Kepercayaan kepada Allah" memandangkan perkataan Allah diakui sebagai gantinama God. Yang menghairankan saya, semasa penggubalan deraf Rukunegara tersebut, ada golongan bukan Islam yang membantah perkataan "Allah" digunakan atas alasan ianya nama Tuhan orang Islam, sebaliknya mendesak perkataan "Tuhan" sebaliknya digunakan!!

2. Semua sermon digereja dan penulisan Kristian hendaklah menggantikan perkataan God kepada Allah tidak kira dalam versi atau bahasa apa sermon atau penulisan tersebut digunakan. Sekiranya tidak agama Kristian akan dilihat sebagai tidak konsisten dalam soal nama ketuhanan mereka.

Saya juga menyeru dan mendesak tindakan berikut diambil segera:

1. Majlis Fatwa Kebangsaan hendaklah bermesyuarat segera dan membuat fatwa dan keputusan tentang penggunaan perkataan Allah ini. Kita tidak mahu ada dikalangan kita mengeluarkan pendapat yang berbeza-beza, apatah lagi dikalangan orang dan kumpulan tertentu yang sentiasa membuat kenyataan yang bersifat populis tanpa mengambil kira kesannya terhadap agama Islam. Setelah fatwa tersebut dibuat, maka semua pihak berkuasa Islam negeri hendaklah segera menggazetkan fatwa tersebut;

2. Kerajaan Persekutuan hendaklah dengan segera menggubal dan melaksanakan undang-undang Akta Sekatan Pengembangan dan Dakyah Agama Lain ke atas orang Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak kerana negeri-negeri lain telah lama melaksanakannya, mengapa 4 negeri ini masih belum menggubalkannya. Sekiranya Akta tersebut ujud, sudah tentu keadaan akan berbeza kerana ianya akan menjadi suatu kesalahan jenayah untuk menggunakan perkataan "Allah" untuk tujuan selain Islam sebagaimana yang diperuntukkan di negeri-negeri lain;

3. Pihak berkuasa agama, majlis agama, para mufti dan badan dakwah saperti YADIM dan lain-lain hendaklah segera turun ke padang dan mengadakan pertemuan dan berdialog dengan golongan Kristian ini untuk mencari jalan penyelesaian yang boleh disepakati. Saya kira kegagalan pihak-pihak ini mengambil tindakan segera dengan mengadakan pertemuan dan berdialog dengan pihak kristian ini telah menyebabkan kecetekan kefahaman mereka terhadap Islam. Daripada menyibukkan diri dengan kerjaikerja tak berfaedah saparti menangkap ulama dan penceramah tak bertauliah dan lain-lain, lebih baik pihak berkuasa agama ini menumpukan perhatian kepada yang lebih serius ini.

4. Pihak Kementerian Dalam Negeri hendaklah memanggil golongan Kristian ini dan mengadakan dialog dengan mereka. Sekiranya KDN merumuskan penerbitan-penerbitan seperti Herald ini boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan rakyat, KDN tidak perlu teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan permit penerbitan mereka jika perlu.

5. Kita perlu mengkaji semula sistem perundangan kita terutamanya dalam isu-isu yang membabitkan hal ehwal Islam termasuk perundangan dan syariatnya perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Syariah;

6. Atau sebagai alternatif, apa-apa isu yang berbangkit berkenaan Islam dalam apa bentuk sekalipun termasuk di Mahkamah Sivil hendaklah dirujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan atau Mahkamah Syariah atau apa-apa Badan Perundangan Syariah untuk suatu keputusan; dan keputusan itu hendaklah mengikat Mahkamah Sivil dan wajib dipatuhi. Bagi maksud itu, suatu pindaan perlu dibuat kepada Akta Mahkamah Kehakiman (Court of Judicature Act) untuk memasukkan peruntukkan tersebut. Ini akan memastikan perkara saperti ini tidak berulang lagi dimasa akan datang.

Rumusan:

Saya melihat kes Herald ini adalah saperti suatu ulangan kes Natrah, dimana kewibawaan dan kemuliaan agama Islam dicabar. Kalau dalam kes Natrah, kita mempunyai alasan untuk menyatakan kita tiada kuasa kerana diperintah penjajah Barat. Tapi apakah alasan yang sama kita boleh gunakan sekarang, dalam keadaan kita memerintah, dalam keadaan umat Islam menguasai hampir 135 kerusi Parlimen yang walaupun bukan 2/3 tetapi merupakan majoriti mutlak! Yang sepatutnya membolehkan kita menentukan hala tuju agama Islam dan membela serta mempertahankan maruah agama kita. Kalau dalam membela dan mempertahankan Islam dalam kes Natrah orang Melayu sanggup menggadai nyawa, apatah kita bangsa Melayu moden yang hebat serba-serbi ini tidak mampu berbuat apa-apa. Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.

Zulkifli Noordin ialah Ahli Parlimen Kulim. Mad Mad Mad Evil or Very Mad Evil or Very Mad Evil or Very Mad Evil or Very Mad Evil or Very Mad
foronum
foronum

Posts : 281
Join date : 2010-01-03
Location : tempat paling best !

Back to top Go down

Isu Allah Kristian Empty Re: Isu Allah Kristian

Post  Optitech Sun Jan 03, 2010 10:52 pm

Post yang agak menarik..

Orang Kristian ni cuba tuk mengaburi orang awam dengan perkataan 'ALLAH'.
Mungkin ni salah satu taktik halus Kristian tuk menarik orang ramai supaya menganut kristian.

Aku membantah 200% Kristian menggunakan perkataan Allah tuk tuhan mereka?
Kenapa?? Sebab banyak sangat kebesaran Allah di dunia nie sampai diorang nak gunakan perkataan Allah?

Awan membentuk kalimah Allah, TOmata ada kalimah Allah, anda macam2 lagi makhluk yang membentuk kalimah Allah..

Mungkin dengan cara memanggil tuhan mereka dengan nama Allah, mereka lebih mudah memperdaya orang awam!

Evil or Very Mad Evil or Very Mad Evil or Very Mad Evil or Very Mad


Last edited by Optitech on Thu Jan 07, 2010 9:29 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : boldkan isi2 penting.)
Optitech
Optitech

Posts : 519
Join date : 2010-01-01
Age : 32
Location : ProxyFireZ

http://sembangseposen.blogspot.com

Back to top Go down

Isu Allah Kristian Empty Re: Isu Allah Kristian

Post  Miyavi Mon Jan 04, 2010 2:34 pm

Optitech wrote:Post yang agak menarik..

Orang Kristian ni cuba tuk mengaburi orang awam dengan perkataan 'ALLAH'.
Mungkin ni salah satu taktik halus Kristian tuk menarik orang ramai supaya menganut kristian.

Aku membantah 200% Kristian menggunakan perkataan Allah tuk tuhan mereka?
Kenapa?? Sebab banyak sangat kebesaran Allah di dunia nie sampai diorang nak gunakan perkataan Allah?

Awan membentuk kalimah Allah, TOmata ada kalimah Allah, anda macam2 lagi makhluk yang membentuk kalimah Allah..

Mungkin dengan cara memanggil tuhan mereka dengan nama Allah, mereka lebih mudah memperdaya orang awam!

Evil or Very Mad Evil or Very Mad Evil or Very Mad Evil or Very Mad

yup,aq skog 2 ada d klgn owg krstian wat bgtu....aq m'bntah 200% coz dowg slh gna prkataan ALLAH 2.....

Ole 2,korg sume yg b'agma ISLAM jan smpai terpedaya ole ajakan mereka....k....klu ada awekz kristian pn mcm aq ni tp pndai2 la kmu bmbing dia....hehehee....(^.^)...
Miyavi
Miyavi
Admin

Posts : 371
Join date : 2010-01-01
Age : 34
Location : ProxyFireZ

Back to top Go down

Isu Allah Kristian Empty Re: Isu Allah Kristian

Post  noteeth Wed Jan 06, 2010 10:40 am

yup. dorg menang pun sbb hakim tu org kafir. lau org islam aku rasa nk kne halau dh dari mahkamah. knp kes dorg nek mahkamah ni x kecoh? dh ttg agama kot...aku rasa lah lau bda ni dibgtau sblm perbicaraan dijalankn mesti berjuta org islam dh berkumpul dh.
noteeth
noteeth

Posts : 185
Join date : 2010-01-01
Location : Planet #!

Back to top Go down

Isu Allah Kristian Empty Re: Isu Allah Kristian

Post  foronum Wed Jan 06, 2010 11:01 am

aku rase lebih baek bunuh sume orang yang terlibat dalam penghasilan buku tu.
bunuh3 ! xD
foronum
foronum

Posts : 281
Join date : 2010-01-03
Location : tempat paling best !

Back to top Go down

Isu Allah Kristian Empty Re: Isu Allah Kristian

Post  noteeth Wed Jan 06, 2010 11:43 am

woo~ lets meeting Twisted Evil
noteeth
noteeth

Posts : 185
Join date : 2010-01-01
Location : Planet #!

Back to top Go down

Isu Allah Kristian Empty Re: Isu Allah Kristian

Post  emosh Wed Jan 06, 2010 10:03 pm

gempak jgk isu ni.
tpi korang rase pelik x knape para ulama dan sultan2 x ambil tindakan?
hanya ahli2 politik yg mengambil tindakan?
adakah kita yg cetek ilmu agama ni salah faham?

nme ALLAH ni adalah salah satu nama tuhan kita yg mmpunyai 99 nama.
dan dia akan menjaga sendiri kesucian al-qurannya. maka x perlulah kita risau ttg hal ini.
dah berzaman berlalu, al-quran tiada siapapun pernah mainkan. apatah lagi nama ALLAH.
emosh
emosh

Posts : 75
Join date : 2010-01-04
Age : 32

Back to top Go down

Isu Allah Kristian Empty Re: Isu Allah Kristian

Post  Optitech Thu Jan 07, 2010 5:21 pm

aku pun baru terfikir tentang apa yang amir emosh kasitau tu..

dah berzaman berlalu, al-quran tiada siapapun pernah mainkan. apatah lagi nama ALLAH.

Btol tu..tapi kenapa sekarang ada orang yang cuba main2 ngan nama Allah.

Bukan ker setiap agama dah pun memiliki nama tuhannya yang sendiri?

Kalau nama tuhan pun boleh diubah ubah, tak ke diorang rasa cam tuhan mereka tu taraf dia rendah?
umatnya sendiri boleh tukar nama tuhan..??

erm..
Optitech
Optitech

Posts : 519
Join date : 2010-01-01
Age : 32
Location : ProxyFireZ

http://sembangseposen.blogspot.com

Back to top Go down

Isu Allah Kristian Empty Re: Isu Allah Kristian

Post  emosh Thu Jan 07, 2010 9:25 pm

semua manusia hamba ALLAH.bia la die sebut nama ALLAH tu. ALLAH tu kan tuhan dia yg sebenar wlaupun dia x mengaku. ALLAH boleh mnjaga namenye sndri.

Lagi satu.Kalau diorang mempermainkan AGAMA ALLAH maka dia telah mengishtiharkan PERANG TERHADAP ALLAH. Biarla dia tanggung sndri peperangan yg diorang mulakan. Sesungguhnya ALLAH yg maha berkuasa dan maha mengetahui lagi maha bijaksana.
emosh
emosh

Posts : 75
Join date : 2010-01-04
Age : 32

Back to top Go down

Isu Allah Kristian Empty Re: Isu Allah Kristian

Post  young_ustaz Thu Jan 14, 2010 10:16 pm

kepada semua umat Islam

Allah S.W.T ialah tuhan kepada semua makhlukNya.
ini kerana Allah itu maha Esa.
Tiada tuhan selainNya.
jika org bukan Islam itu ingin menggunakan perkataan Allah itu tidak salah.
Allah itu ialah satu-satunya tuhan yg ada.
org bukan Islam hanya tidak menunaikan tanggungjawab mereka utk mengEsakan Allah.
jd, kita tidak perlu cepat melatah dengan isu ini.
tingkatkan ibadah kita terhadap Allah S.W.T, teguhkan iman kita.
sesungguhnya Allah itu sentiasa dengan org yg beriman
young_ustaz
young_ustaz

Posts : 15
Join date : 2010-01-09
Age : 33
Location : Alam Nyata, kemudian akan ke alam kubur seterusnya ke alam Akhirat

Back to top Go down

Isu Allah Kristian Empty Re: Isu Allah Kristian

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum