JMTI - Student Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Navigation
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Latest topics
» Cara hubungi admin
FUNGSI DAN PERANAN MPP JMTI EmptyThu Dec 23, 2021 11:20 pm by Optitech

» Sf Car Rental Agency - Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam
FUNGSI DAN PERANAN MPP JMTI EmptyWed Sep 09, 2015 2:48 am by sksportcar

» Homestay Di Kota Bharu
FUNGSI DAN PERANAN MPP JMTI EmptySun Jan 25, 2015 10:52 pm by sksportcar

» Sf Car Rental Agency - Kereta Sewa Shah Alam
FUNGSI DAN PERANAN MPP JMTI EmptyTue Aug 05, 2014 8:54 am by sksportcar

» Bahasa Jepun: Ayat Seharian,Hari,Haribulan & Nombor
FUNGSI DAN PERANAN MPP JMTI EmptyMon Sep 23, 2013 8:43 pm by foxfoxer

» Tips nak hapuskan virus secara manual [On updates]
FUNGSI DAN PERANAN MPP JMTI EmptyTue Mar 19, 2013 8:38 am by Optitech

» Teknik defense dari virus and spyware [Auto]
FUNGSI DAN PERANAN MPP JMTI EmptyThu Jul 21, 2011 2:53 am by Optitech

» Virus shortcut kat pendrive
FUNGSI DAN PERANAN MPP JMTI EmptyThu Jul 21, 2011 12:27 am by Optitech

» Admin Kembali dengan Menyengat
FUNGSI DAN PERANAN MPP JMTI EmptyWed Jul 20, 2011 1:59 pm by Optitech


FUNGSI DAN PERANAN MPP JMTI

2 posters

Go down

FUNGSI DAN PERANAN MPP JMTI Empty FUNGSI DAN PERANAN MPP JMTI

Post  andika Thu Feb 25, 2010 11:41 am

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ditubuhkan bagi memberi pendedahan dan pengalaman pada pelajar menjadi pemimpin di masa depan, selain membantu pihak pegurusan Institut menangani masalah disiplin pelajar. MPP juga berfungsi sebagai saluran bagi para pelajar mengemukakan masalah - masalah mereka kepada pihak Institut. MPP hendaklah diwujudkan bagi memenuhi tanggungjawab itu.

MPP dianggotai oleh tiga belas orang ahli yang dipilih melalui pilihanraya. Sembilan kerusi yang dipertandingkan adalah bagi kerusi umum dan 4 kerusi yang selebihnya adalah bagi kerusi jabatan.
MPP akan diketuai oleh seorang Presiden (YDP), Naib Presiden (NYDP) yang juga merangkap Ketua Asrama, Setiausaha, Bendahari, 4 orang wakil jabatan dan juga exco - exco biro kebajikan, biro kerohanian, biro akademik, biro sukan dan kebudayaan.

Untuk bertanding bagi kerusi umum, pelajar hendaklah mengambil borang di BPPL pada hari penamaan calon manakala bagi kerusi jabatan, pihak jabatan akan mencalonkan pelajar - pelajar yang difikirkan sesuai bagi bertanding untuk kerusi jabatan.

Objektif Utama MPP

  • Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa.

  • Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di samping memaksimumkan penggunaan kemudahan sedia ada.

  • Berusaha mempelbagaikan aktiviti pelajar.

  • Menggalakkan penyertaaan aktif pelajar dalam perlaksanaan setiap aktiviti yang dirancang.

  • Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak pengurusan.


MISI

Menjadi perantara di antara pelajar JMTI dengan pihak pengurusan ataupun sebaliknya menyediakan satu saluran pembangunan diri untuk pelajar dari aspek sahsiah, akademik dan kokurikulum.

VISI

Memastikan kebajikan dan hak pelajar JMTI tidak terabai serta memastikan pelajar dapat menikmati keselesaan dan kemudahan di JMTI bagi memudahkan pelajar.


PERANAN MPP

  • Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa.

  • Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di samping memaksimumkan penggunaan kemudahan sedia ada.

  • Berusaha mempelbagaikan aktiviti pelajar.

  • Menggalakkan penyertaaan aktif pelajar dalam perlaksanaan setiap aktiviti yang dirancang.

  • Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak pengurusan.

  • MPP memainkan peranan penting dalam mengenalpasti dan mendengar luahan masalah berhubung hal-hal kebajikan, disiplin, keperluan dan hak-hak pelajar.



TUGAS-TUGAS MPP


YDP
- Ketua Organisasi MPP
- Ketua Semua Pelajar
- Menjaga Disiplin dan kebajikan pelajar

NYDP
- Membantu Tugas – Tugas YDP
- Ketua Penghuni Asrama
- Menjaga Disiplin dan kebajikan pelajar

SETIAUSAHA
- Mencatat minit mesyuarat
- Urusan surat – menyurat MPP
- Membantu Tugas – Tugas YDP
- Menjaga Disiplin dan kebajikan pelajar

BENDAHARI
- Urusan kewangan
- Mengemaskini akaun dan memantau segala perbelanjaan MPP
- Menjaga Disiplin dan kebajikan pelajar

BIRO KEROHANIAN DAN PEMBANGUNAN INSANIAH
- Merancang dan menjalankan aktiviti kerohanian.
- Merancang dan menjalankan aktivti kesedaran dan pembangunan jati diri.
- Menjaga Disiplin dan kebajikan pelajar.
- Eg. – Minggu Penghayatan Nilai – Nilai Islam ( Kempen Tutup Aurat, Menghormati sesama manusia, etc...), kursus pembangunan jati diri..

BIRO KEBAJIKAN, KESELAMATAN DAN KECERIAAN
- Menjaga Disiplin dan kebajikan pelajar
- Memastikan keselamatan pelajar terjamin
- Merancang dan menjalankan kempen – kempen keselamatan.
- Merancang dan menjalankan aktiviti menceriakan kawasan institut.
- Eg. – Kempen keselamatan lalulintas, Kempen Antidadah, Gotong royong menghias kawasan Institut sempena hari kemerdekaan, etc...

BIRO AKADEMIK DAN KEUSAHAWANAN
- Membantu agar maklumat sampai kepada semua pelajar
- Merancang dan menjalankan program – program untuk membantu pelajar dalam pengurusan masa dan teknik belajar dengan betul.
- Merancang dan menjalankan program – program untuk menarik minta pelajar dalam bidang keusahawanan.
- Menjaga Disiplin dan kebajikan pelajar
- Eg – Seminar motivasi – teknik belajar dengan berkesan, seminar pengurusan masa, making money with blogging, etc...


BIRO KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN PERPADUAN
- Merancang dan menjalankan aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan sesama pelajar dan dengan staff.
- Membantu menguruskan hal – hal berkaitan pelajar bukan islam
- Menjaga Disiplin dan kebajikan pelajar
- Eg – Expo kebudayaan, malam kebudayaan, kempen pemakaian pakaian tradisional, etc...


BIRO SUKAN DAN REKREASI
- Merancang dan menjalankan aktiviti sukan dan riadah
- Menjaga Disiplin dan kebajikan pelajar
- Eg – sukan interdept, etc..

BIRO ASRAMA
- Membantu menyampaikan maklumat berkaitan asrama dan surau kepada penghuni asrama
- Membantu menjaga kebajikan pelajar bagi isu – isu makanan di dewan makan.
- Memastikan keselamatan penghuni – penghuni asrama
- Mengimarahkan Surau serta memastikan penghuni mengimarahkan surau.
- Menjaga Disiplin dan kebajikan pemghuni asrama
- Eg – gotong royong asrama, sukan inter blok asrama, pertandingan menghias blok asrama.


Last edited by Optitech on Tue Apr 27, 2010 1:04 am; edited 1 time in total (Reason for editing : updated)
andika
andika

Posts : 2
Join date : 2010-02-11

Back to top Go down

FUNGSI DAN PERANAN MPP JMTI Empty Re: FUNGSI DAN PERANAN MPP JMTI

Post  Optitech Thu Feb 25, 2010 1:45 pm

Ermm..berapa kali MPP menganjurkan aktivi selaras dengan objektifnya?
Optitech
Optitech

Posts : 519
Join date : 2010-01-01
Age : 32
Location : ProxyFireZ

http://sembangseposen.blogspot.com

Back to top Go down

FUNGSI DAN PERANAN MPP JMTI Empty Re: FUNGSI DAN PERANAN MPP JMTI

Post  andika Thu Feb 25, 2010 2:04 pm

Info kat atas aku dapat dari penasihat mpp.. cik husna kaunselor tue...
tapi aku pun sendiri rase yang mpp sebelum nie x berfungsi untuk membantu pelajar..
harap - harap mpp kali akan lebih baik daripada sebelumnya sebab aku dengar kali nie mpp kali nie akan di pantau.. kalau x berfungsi jugak.. akan di bubarkan n dilucutkan daripada menjadi mpp..

Ade yang lebih menarik lagi kali nie.. Akan diwujudkan Ajk sokongan MPP. AJK sokongan nie akan membantu mpp untuk buat kerja.. Kira macam barisan pelapis la..
andika
andika

Posts : 2
Join date : 2010-02-11

Back to top Go down

FUNGSI DAN PERANAN MPP JMTI Empty Re: FUNGSI DAN PERANAN MPP JMTI

Post  Optitech Thu Feb 25, 2010 2:17 pm

cadangan yang bagus gak tu..
ada ajk pemantau..
kalau macamtu aku bersetuju. macammana cara pemilihan MPP kali nie?
Optitech
Optitech

Posts : 519
Join date : 2010-01-01
Age : 32
Location : ProxyFireZ

http://sembangseposen.blogspot.com

Back to top Go down

FUNGSI DAN PERANAN MPP JMTI Empty Re: FUNGSI DAN PERANAN MPP JMTI

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum