JMTI - Student Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Navigation
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Latest topics
» Cara hubungi admin
KIsah benar daripada seorang perogol bersiri EmptyThu Dec 23, 2021 11:20 pm by Optitech

» Sf Car Rental Agency - Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam
KIsah benar daripada seorang perogol bersiri EmptyWed Sep 09, 2015 2:48 am by sksportcar

» Homestay Di Kota Bharu
KIsah benar daripada seorang perogol bersiri EmptySun Jan 25, 2015 10:52 pm by sksportcar

» Sf Car Rental Agency - Kereta Sewa Shah Alam
KIsah benar daripada seorang perogol bersiri EmptyTue Aug 05, 2014 8:54 am by sksportcar

» Bahasa Jepun: Ayat Seharian,Hari,Haribulan & Nombor
KIsah benar daripada seorang perogol bersiri EmptyMon Sep 23, 2013 8:43 pm by foxfoxer

» Tips nak hapuskan virus secara manual [On updates]
KIsah benar daripada seorang perogol bersiri EmptyTue Mar 19, 2013 8:38 am by Optitech

» Teknik defense dari virus and spyware [Auto]
KIsah benar daripada seorang perogol bersiri EmptyThu Jul 21, 2011 2:53 am by Optitech

» Virus shortcut kat pendrive
KIsah benar daripada seorang perogol bersiri EmptyThu Jul 21, 2011 12:27 am by Optitech

» Admin Kembali dengan Menyengat
KIsah benar daripada seorang perogol bersiri EmptyWed Jul 20, 2011 1:59 pm by Optitech


KIsah benar daripada seorang perogol bersiri

Go down

KIsah benar daripada seorang perogol bersiri Empty KIsah benar daripada seorang perogol bersiri

Post  Optitech Sat Feb 27, 2010 2:44 pm

KISAH
BENAR DARIPADA SEORANG PEROGOL


KIsah benar daripada seorang perogol bersiri Mangsa%20rogol


Kisah
ini berlaku kepada seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja
di US. Gadis ini sangat cantik rupa paras dan bentuk badannya juga
sempurna. Tetapi dia sentiasa taat kepada Allah swt, berpakaian
sopan, menutup aurat dengan 'sempurna' dan memiliki akhlak yang baik.


Pada suatu malam, gadis ini dalam perjalanan balik ke rumah
dari tempat kerjanya. Kebetulan dia telah tersilap dengan melalui
jalan yang singkat untuk pulang di atas sebab-sebab tertentu. Laluan
yang pilih itu pula agak tersorok dan kebetulan, tidak ramai orang
yang lalu lalang pada masa itu.

Kerana malam yang lewat dan
keadaan yang sunyi, laluan itu agak gelap dan keadaannya agak
menyeramkan. Ini membuatkan gadis itu agak gelisah dan berasa takut
kerana berjalan sendirian.

Tiba-tiba gadis itu ternampak ada
seorang lelaki kulit putih berbangsa Amerika sedang bersandar di
dinding di tepi lorong itu. Gadis itu menjadi semakin takut dan
berasa tidak sedap hati. Tetapi, apa yang boleh dilakukan hanyalah
berdoa kepada Allah, memohon keselamatan atas dirinya. Gadis itu pun
berdoa dan membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah swt
membantunya di saat itu.

Semasa melepasi lelaki yang
bersandar itu, dia sempat menoleh dan sempat mengecam wajah lelaki
itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan gadis itu selamat
sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, gadis itu terbaca
dalam akhbar tempatan Amerika berkenaan seorang perempuan telah
dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di kawasan yang
dilaluinya semalam. Masa kejadian pula hanya 10 minit selepas dia
melintasi lorong tersebut. Seteleh menatap wajah perogol yang
dipaparkan, gadis itu yakin bahawa perogol tersebut adalah lelaki
kulit putih yang dijumpainya semalam.

Atas rasa tanggungjawab
dia terus ke balai polis dan membuat aduan. Gadis itu dapat
mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, pihak polis juga mendapat bukti bahawa lelaki tersebut
adalah perogol bersiri yang amat dikehendaki.

Namun, gadis
itu berasa amat hairan kerana perogol itu tidak menjadikannya mangsa.
Padahal dia keseorangan pada masa itu dan sebaliknya perogol itu
memilih perempuan yang lalu selepas dia. Gadis itu ingin sangat
mengetahui akan sebabnya. Oleh itu, dia meminta kebenaran polis untuk
bercakap dengan perogol tadi sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat
lain.

Dia pun bertanya kepada perogol itu :
Why
don't you do anything to me on that night even though you know that
I'm alone ?
Mengapa
kamu tidak melakukan apa-apa terhadap saya pada malam tersebut
sedangkan kamu tahu saya sedang berjalan bersendirian ?


Perogol
tu menjawab :
No,
you are not alone ! That night I saw two young man walking with you.

One on your right side and the other one was by your left side.

If you were alone of course you will be my victim
Tidak,
kamu tidak bersendirian. Malam itu saya nampak dua lelaki muda
berjalan bersama kamu. Seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di
sebelah kiri kamu. Jika bersendirian sudah tentu kamu yang akan
menjadi mangsa saya kerana kamu yang saya jumpai lebih dahulu



Wanita itu berasa amat terkejut bila dengar penjelasan
perogol tu. Setelah berfikir sejenak, dia pun faham akan apa yang
telah terjadi. Dia pun bersyukur ke hadrat Allah, mungkin Allah
memeliharanya pada malam itu kerana dia telah berdoa memohon
perlindungan daripada Allah swt dan juga kerana berkat bacaan ayat
Kursi.


Allah
swt itu Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu
Dia juga boleh
memerintahkan malaikat menjaga manusia dalam apa jua cara



Kesimpulannya

Jika
kita sebagai hamba, menurut segala perintah dan meninggalkan segala
larangan Allah swt, Dia pastinya akan sentiasa 'dekat dengan kita'
dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat
dengan sempurna, menjauhi maksiat dan menjaga batas-batas pergaulan
yang ditetapkan oleh Allah.

Wanita itu juga telah memohon
perlindungan daripada Allah Yang Maha Berkuasa daripada segala
sesuatu. Oleh itu, jika Allah swt ingin melindunginya, tiada sesiapa
yang akan dapat melakukan sesuatu ke atasnya.

Di samping itu,
apabila kita membaca Ayat Qursi, Allah akan utuskan dua malaikat
untuk menjaga kita. Dua lelaki yang menemani wanita itu adalah
malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa
ingat akan diriNya dan memohon perlindunganNya.

Ayat Kursi
sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab dengan izin Allah.
Tetapi jika kita tergolong dalam
golongan
manusia yang tidak diterima doanya
,
maka sebanyak mana dibaca pun tidak akan diperkenankan oleh Allah.
Jika kita selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya,
menunaikan ibadat secara sambil lewa dll. Dapatkah kita mendapat
pertolongan sebegini dari Allah ?

Malah kita mungkin akan
dikenakan bala di atas perbuatan mungkar kita kepada Allah swt.
Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di dalam kubur
dan di akhirat kelak kita juga pasti akan disiksa di atas dosa-dosa
kita, kerana itu adalah janji Allah swt dan Allah itu Maha Menepati
Janji.


Saya suka mengingati satu hadis yang bermaksud :


Jika
kamu mencari keredhaan Allah dengan kemurkaan makhluk,
Maka Allah
swt akan memelihara kamu daripada segalanya

Sebaliknya, jika
kamu mencari keredhaan manusia dengan kemurkaan Allah,
Nescaya
Allah swt akan menyerahkan nasibmu kepada makhluk




Di
antara kelebihan amalan membaca Ayat Qursi :


Sesiapa
membaca Ayat Qursi dan memohon perlindungan kepada Allah swt,
Allah
akan menghantar dua malaikat untuk menjaganya

Sesiapa membaca
Ayat Qursi semasa meninggalkan rumah, keluarga dan hartanya,
Allah
akan menugaskan dua malaikat untuk menjaga rumahnya,keluarganya dan
hartanya

Sesiapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di
tempat tidurnya,
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh

Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam
kesempitan
Nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya


sumber:Diambil dari internet.

Optitech
Optitech

Posts : 519
Join date : 2010-01-01
Age : 32
Location : ProxyFireZ

http://sembangseposen.blogspot.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum