JMTI - Student Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Navigation
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Latest topics
» Cara hubungi admin
Mengapa wanita ditinggalkan EmptyThu Dec 23, 2021 11:20 pm by Optitech

» Sf Car Rental Agency - Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam
Mengapa wanita ditinggalkan EmptyWed Sep 09, 2015 2:48 am by sksportcar

» Homestay Di Kota Bharu
Mengapa wanita ditinggalkan EmptySun Jan 25, 2015 10:52 pm by sksportcar

» Sf Car Rental Agency - Kereta Sewa Shah Alam
Mengapa wanita ditinggalkan EmptyTue Aug 05, 2014 8:54 am by sksportcar

» Bahasa Jepun: Ayat Seharian,Hari,Haribulan & Nombor
Mengapa wanita ditinggalkan EmptyMon Sep 23, 2013 8:43 pm by foxfoxer

» Tips nak hapuskan virus secara manual [On updates]
Mengapa wanita ditinggalkan EmptyTue Mar 19, 2013 8:38 am by Optitech

» Teknik defense dari virus and spyware [Auto]
Mengapa wanita ditinggalkan EmptyThu Jul 21, 2011 2:53 am by Optitech

» Virus shortcut kat pendrive
Mengapa wanita ditinggalkan EmptyThu Jul 21, 2011 12:27 am by Optitech

» Admin Kembali dengan Menyengat
Mengapa wanita ditinggalkan EmptyWed Jul 20, 2011 1:59 pm by Optitech


Mengapa wanita ditinggalkan

Go down

Mengapa wanita ditinggalkan Empty Mengapa wanita ditinggalkan

Post  Optitech Mon Jan 11, 2010 9:05 am

Hampir setiap hari, inbox email saya dipenuhi dengan pelbagai
pertanyaan dan permintaan. Ada yang mengadu pasal perhubungan dengan
kekasih yang tak bagus, ada yang mengadu pasal rumahtangga yang
bergolak, ada yang mengadu pasal tiada ketenangan hidup, ada yang minta
untuk carikan pakwe yang alim, ada yang minta tolong buatkan
assignment, malah ada juga yang minta duit dari saya. huhu
Saya kalau boleh, memang tak nak kecewakan semua yang telah
menghantar email pada saya. Kalau boleh saya nak beri bantuan setakat
yang saya mampu. Namun, kemampuan saya amat terbatas. Ditambah pula dek
kekangan masa kerja yang sangat ketat, saya tak dapat nak penuhi
permintaan anda semua. Cuma ada sesetengah saja yang dapat saya
tunaikan permintaan dan bantu mereka. Yang tak dapat respon dari saya
tu, saya pohon sejuta kemaafan atas kelemahan saya. Bukan niat saya
untuk ‘tidak layan’ permintaan anda, tetapi saya memang betul-betul tak
berdaya dan tak mampu. Saya harap anda faham.
Baiklah. Dalam post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda
tentang sebab-sebab dan punca-punca mengapa seseorang wanita itu
ditinggalkan pakwe atau kekasihnya. Kepada yang bertanya tentang
perkara ini, saya harap anda berpuas hati dengan info yang saya
kongsikan ini. Bacalah betul-betul dan cubalah muhasabah diri tu yer. Mengapa wanita ditinggalkan Icon_wink
Mengapa wanita ditinggalkan U1817P28T3D2223798F326DT20081027183425

Tolong jangan tinggalkan saya bang...



Berikut adalah beberapa sebab atau punca mengapa seseorang
lelaki meninggalkan seseorang wanita atau hilang terhadap seseorang
wanita.


  • 1. Wanita tu cuba untuk ubah perangai/cara hidup lelaki

Setiap orang ada personaliti, perangai dan cara hidup mereka yang
tersendiri. Personaliti atau perangai ini berbeza-beza mengikut latar
belakang, asuhan mak bapa masa kecil, keadaan keluarga, genetik,
persekitaran tempat membesar, proses pembelajaran dan pengalaman.
Perangai atau personaliti seseorang adalah AMAT SUKAR sekali untuk
diubah. Malah ia boleh dikatakan hampir mustahil untuk diubah. Kalau
boleh ubah pun, mungkin ia memakan masa bertahun-tahun lamanya. Jadi,
jangan sekali-kali mendesak teman lelaki atau kekasih anda untuk
berubah. Walaupun mungkin dia mempunyai banyak kelemahan, cubalah
terima kelemahan dan keburukannya tu. Jangan sekali-kali desak dan
paksa dia buat perubahan. Bagi dia masa. Hormati dia. Jangan
ungkit-ungkit dan perbesarkan kelemahan yang dia ada.

  • 2. Wanita tu terlalu meminta-minta. Terlalu materialistik. High maintenance.

Saya rasa yang ni saya tak payah nak ulas panjang. Sebab semua orang
faham kot. Pendek kata, perempuan yang suka demand lebih-lebih, tak
sedar diri, sangatlah memeningkan kepala lelaki. Sikap perempuan yang
suka meminta-minta ni hanya akan membebankan fikiran lelaki yang memang
sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab lain. Jangan
sekali-sekali anda kusutkan hati dan perasaannya dengan meminta-minta
apa yang dia tak mampu. Jangan sekali-kali anda mempertikaikan
kredibilitinya kalau dia tak mampu untuk tunaikan hajat dan keinginan
anda.

  • 3. Wanita tu suka eksyen, ego dan besar diri.

Walaupun mungkin anda lebih berpendidikan dan mempunyai kerja yang
lebih bagus dari teman lelaki anda, jangan sekali-kali eksyen, sombong,
ego dan besar diri. Ini pantang besar bagi lelaki. Lelaki sangat tak
boleh terima jika ada wanita yang cuba untuk berlagak hebat dan tunjuk
ego lebih daripada dirinya. Memang itu fitrah lelaki. Ego dia mesti
lebih tinggi dari ego perempuan. Kalau ada wanita yang cuba tunjuk
eksyen, maka tak lama memang kena tinggal la perempuan tu. Tak caya?
Cubalah…huhu
Haaa begitulah 3 punca atau sebab yang sempat saya fikir dan
catatkan. Saya tulis ni berdasarkan pendapat dan pandangan saya sebagai
seorang lelaki. Ia mungkin betul bagi sesetengah orang tetapi tak betul
bagi sesetengah orang yang lain.
Apa pendapat anda? Mengapa wanita ditinggalkan 923462
Optitech
Optitech

Posts : 519
Join date : 2010-01-01
Age : 32
Location : ProxyFireZ

http://sembangseposen.blogspot.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum