Latest topics
Rahsia Dahi dan Personaliti Wanita
Page 1 of 1
Rahsia Dahi dan Personaliti Wanita
“Hai..pantang tengok yang berdahi licin sikit. Mulalah nak ‘test
power!’” Tentu kamu cukup ‘familiar’ dengan kata-kata seperti di atas
tu ? Selalunya orang mengaitkan ‘dahi licin’ dengan perempuan yang
cantik dan menawan. Itu sekadar ungkapan saja kan? Bercakap soal dahi
ini,tahukah kamu bahawa dengan memandang dahi seseorang saja sudah
terungkap lagi rahsia pada diri kamu! Bahayakan..Jadi lain kali sesiapa
yang dahinya agak luas tu cepat-cepatlah ‘cover’kannyer sikit.Kalau
tidak tentu ada yang boleh menilik perangai dan tingkah laku kamu walau
pun baru pertama kali bersua. Kalau kamu nak tahu apa rahsia yang
tersirat mengenai dahi kamu tu hah… cubalah baca artikel ini hingga
habis.Baca tau, jangan tak baca! Tapi seperti biasa, ada syaratnya.
Kenal pasti dulu bentuk dahi kamu tu! Tak susah kan? Siapa cakap susah?
Dahi Jendol
Dahinya agak luas dan seolah-olah ‘benjol’ ke hadapan sedikit. Tapi
jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena
gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke
belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak ‘buruk’ rupanya. Tapi itu
tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu?
Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol
melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi.
Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang
dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas
kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain
itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa
situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik
dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh
membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta,
sukar untuk dia melepaskan ‘burung’ di dalam genggaman walaupun dia
sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa
yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia ‘membuta’ sangat.
Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga
benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa
percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka
perlukan dorongan!
Dahi sempit
Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga
membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka
sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka,
tak ‘mati’ kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah
menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit,
tapi jiwa dan semangat tak ’sempit’! Kamu yang memiliki dahi ini
tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang
berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya.
Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!
Dahi lebar
Wah! Saiz dahinya agak ‘lapang’ dan luas. Kadangkala mereka punya
bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak
‘lebar’ di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap
pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan
bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka
memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja!
Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal ’simpan menyimpan’ ini.
Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan!
Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.
Dahi bersegi
Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang
dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab
itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di
sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai
ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman.
Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan
orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.
Dahi berbentuk ‘M’ atau ‘hati’
Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak
berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka
menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka
lebih ’serasi’ dengan orang-orang yang ’sekepala’ dengan mereka juga.
Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja ‘rezeki’
yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak
suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak
mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga’mulut tempayan’ dan sukar
simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu ‘membuka’bicara di hadapan
mereka. Kalau kamu hendak berita itu ’satu dunia tahu’,bolehlah kamu
khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!
Dahi dengan juntaian anak rambut
Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang
yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan
pertolongan kepada teman – teman yang memerlukan hinggakan kadangkala
mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi
mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja.
Tak hairanlah,asyik ‘over budget’ saja! Mereka juga sukar bersikap
tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga
dipergunakan oleh orang lain!

Similar topics
» Rahsia Mandi Terbaik
» Rahsia dapatkan pasangan TERBAIK!
» Rahsia Bahasa Tubuh Lelaki
» Rahsia Solat Awal waktu
» Mengapa wanita ditinggalkan
» Rahsia dapatkan pasangan TERBAIK!
» Rahsia Bahasa Tubuh Lelaki
» Rahsia Solat Awal waktu
» Mengapa wanita ditinggalkan
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Thu Dec 23, 2021 11:20 pm by Optitech
» Sf Car Rental Agency - Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam
Wed Sep 09, 2015 2:48 am by sksportcar
» Homestay Di Kota Bharu
Sun Jan 25, 2015 10:52 pm by sksportcar
» Sf Car Rental Agency - Kereta Sewa Shah Alam
Tue Aug 05, 2014 8:54 am by sksportcar
» Bahasa Jepun: Ayat Seharian,Hari,Haribulan & Nombor
Mon Sep 23, 2013 8:43 pm by foxfoxer
» Tips nak hapuskan virus secara manual [On updates]
Tue Mar 19, 2013 8:38 am by Optitech
» Teknik defense dari virus and spyware [Auto]
Thu Jul 21, 2011 2:53 am by Optitech
» Virus shortcut kat pendrive
Thu Jul 21, 2011 12:27 am by Optitech
» Admin Kembali dengan Menyengat
Wed Jul 20, 2011 1:59 pm by Optitech